Friday 19 May 2023

Sebabnya.....

Assalamualaikum semua. Dah lama tak buat blog sebab busy UPKK la, football tournament la, terlupa la dan macam macam lagi. Kini penulis kembali untuk menulis blog setelah sekian lamanya. Fuhh, dah lama tak tulis blog takut terlupa cara-cara untuk menulis blog (tiber).

Ok saya akan senaraikan sebab-sebab saya dah lama tak tulis blog dengan lebih terperinci. Yang pertama

Kerana saya selalu main bola

Saya sekarang ni aktif sangat bermain bola petang-petang dekat padang taman dengan budak SMK. Rutin harian saya. Namun sekarang ni, abang-abang kat taman dah tak aktif sangat bermain bola. Macam-macam sebab antaranya adalah sebab sekarang ramai diantara mereka dah universiti la, nak joging la, fokus SPM la (padahal SPM lama lagi). Jadi saya mainlah dengan budak SK. Bila main kat situ saya paling powerlah sebab dah lama main dengan budak SMK. 

UPKK

Mommy telah membuat peraturan sewaktu seminggu sebelum UPKK iaitu tak boleh main game, mesej kawan dan menggunakan apa-apa barang elektrik. Saya rasa peraturan tu macam best dan tak best sebab yang best ialah saya boleh fokus untuk menumpukan pelajaran dan mengulang kaji tapi yang tak bestnya ialah kerana tak dapat untuk menonton TV. Ianya amat mengganggu hati nurani saya ni kerana paling lama saya tak tengok TV adalah selama 6 hari (waktu tu).Tapi result UPKK saya ok. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang result UPKK saya bolehla follow dulu. Dengar tu Faz.

YouTube

Saya sekarang ni tengah aktif buat YouTube content. Tapi subscribers saya sikit. Saya punya video takde lah best sangat. I have to admit, for the first 5 video it's a little bit cringe. Tapi semakin lama semakin bertambah baik video yang saya buat. Ni saya kasi link, TEKAN NI !!!. Tekan tau tu nanti korang boleh jumpa channel saya. Tolong subscribe, like dan share video saya kat kawan-kawan atau siapa-siapa jelah. Sebab nanti bila dah 100 subscribers saya akan buat special video.

Ok itu sahaja untuk entry kalini. Bye assalamualaikum


Pertanyaan daripada Ammar


Macam mana korang buat jedag jedug tu ah? Apasal banyak viewers bila buat video macamtu ehh?

Monday 4 October 2021

Penakut dan Kisah Hantu

 Ini cerita saya tentang ketakutan saya yang begitu melampau. Rasanya sudah 2 kali saya alami ketakutan dengan suatu 'benda' dan buktiknya ialah daripada blog mummy saya MummySaya baru sahaja membaca blog mummy dan blog yang dibaca saya itu ialah blog tentang sesuatu 'benda'. First kali berlaku masa saya 3 tahun.

Kes pertama

 Begini ceritanya, waktu itu, Daddy sedang membasuh pinggan dan Mummy menggosok baju, Adam tidur serta saya sedang memakan kismis di dalam mangkuk. Tiba-tiba, saya berlari ke arah Daddy yang membasuh pinggan di dapur dan berkata

"Abang takut benda tu (sambil jari menunjuk ke arah ruang tamu)"


Daddy cakap takde apa-apa pun dan suruh saya masuk bilik makan kismis dan tidur. Sewaktu itu, saya sedang bergaduh dengan siapa entah kerana Adam sudah tidur waktu itu.

"Ish tak payah la tarik mangkuk saya, tak payah laa!". Mummy yang terdengar saya menjerit terus berhenti menggosok baju dan terus melulu masuk ke bilik, dan ternampak saya menghulurkan mangkuk kismis itu kedepannya dan kata

"Awak nak rasa kismis sikit ke? Nak ke?"

Walhal, there was nobody there...


Kes kedua


Saya nak pergi jalan-jalan pergi ambil angin bersama keluarga di dalam kereta. Tiba-tiba saya dengan takutnya berkata sambil menunjukkan ke arah tepi saya

"Ni.......ni.......Abang takutttt ni.....Angkat Abang.......!


........


Kes sepupu


Bukan saya seorang sahaja yang pernah alami perkara macam ni, tetapi sepupu dan makcik pakcik  saya juga! Beginilah ringkasan ceritanya. This is hapenning when i was'nt born yet.


Waktu ini, Mummy saya tengah baring dekat katil di sebuah bilik rumah Grandma. Lepastu, sepupu besar saya, Kakak Aina ketuk pintu bilik sambil menangis, nak ajak teman pergi tandas. Mummy pun temankan. Habis buang air, masih menangis lagi.

"Perempuan tu ada lagi....." cakap kak Aina. 

Meremang saya bila baca tulisan itu daripad blog Mummy. Dan kes terakhir yang saya akan tulis dalam  blog kali ni ialah


Kes auntie

Saya terdengar perbualan antara Mummy dan auntie termuda saya, Acu

Acu: Haritu tak nampak sangat benda tu tapi harini nampak clear😭😭                                                     Mummy: Biar betul. Nampak clear macam mana? Budak perempuan ke budak laki? Semua orang nampak ke kau sorang sorang je nampak?                                                                                                   Acu: First time nampak dulu I nampak tapi tak bagitau orang. Lepastu harini nampak, I bagitaulah orang, sekali benda tu dah hilang. Mintak mintak lah benda tu takde lagi. Oh, dia perempuan,dewasa.


Begitulah ceritanya. Mesti ada orang fikir apa kena cerita ni dengan nama 'penakut' di depan nama tajuk cerita ni kan (padahal tak pun). Saja nak buat komedi sikit sebab bagi saya cerita seram ni kena distabilkan dengan komedi barulah apa Adam kata... Mantappp! Cerita campuran seraam dan komedi yang saya maksudkan ialah macam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, oi panjangnya. Saya ni memang penakut (diwarisi daripada Mummy ye sifat penakut ni) sejak lahir lagi. Iklan sebentar, marilah kita membaca blog princessuna.blogspot.com kerana penulisnya InshaAllah akan kembali aktif menulis blog sekiranya followers Instagram nya mencecah lebih kurang 10000. Til we  meet again!

Monday 30 August 2021

Blog saya

 Cerita ini tentang pengenalan saya dengan blog, ayat saya dalam blog dan bla bla bla dalam blog. Kita mulakan dengan pengenalan dulu ye.

Pengenalan

Pengenalan saya dengan blog. Saya mula mengenali blog kerana kerja sambilan Mummy saya ialah blogger dan youtube. Ni link blog Mummy.  Dia mula menulis blog sewaktu dia belum lahir sehinggalah anak-anak dia panjang lebar. Blog pertama yang ditulis daripada Mummy terus dapat comment dan sambutan (agaknya korang faham ke tidak apa yang saya cuba nak sampaikan?) Anyway, blog Mummy memang best dibaca (ni puji mak sebab nak set lego baru leteww). Tapi mestilah blog Mummy best dibaca kalau tak mesti la blog Mummy tak mencecah satu juta setengah viewer-nya. Satu cerita terus dah 8 ribu lebih viewer dan 100 orang like (biar betul 100 orang like? Dahsyat sungguh penulis blog ni)  sampai 100-200 orang like setiap satu cerita. Dulu Daddy pun ada blog, waktu saya kecillah. Tapi sekarang blog tu dah takde. Saya cakap kenapa blog Daddy dah takde dan Mummy jawab sebab Daddy punya blog tu tahpahape and i got it.


Fikiran saya terhadap Blog

Fikiran saya ye, korang rasa apa yang saya fikirkan.

Pembaca:  Soalan saya ialah kenapa awak buat blog?

Oh ok, Mula-mula saya buat blog hanya untuk membuat kenangan di waktu tua, tetapi, tapi Mummy cakap kalau blog saya dilihat oleh viewer sebanyak 1000 orang, nanti boleh dapat $. Saya pun hairan, boleh dapat duit ke kalau saya menulis. Tiba-tiba saya terfikir sesuatu over. Saya terfikir yang saya pergi ke Restoran Michelin 5 bintang dan sewaktu itu saya perlu membayar harga makanan. Tetapi saya tidak menggunakan duit untuk membayar, tetapi saya menjual tulisan yang sama harga dengan makanan tu, melampaunya. Sebab tu lah saya masih  menulis blog. Dengarnya, selepas 1000 viewers nanti, saya boleh dapat $0.20 jika seseorang membaca blog saya. Tak jauh dah untuk viewer saya mencecah 1000, kerana  sekarang ni viewer saya dah 931. Tapi saya fikir kalau saya dah tulis blog yang best pun, macam mana saya mahu orang mengenal blog saya kalau saya tak kenalkan????! Instagram pun saya takde, Facebook ke Twitter pun saya takde untuk memperkenalkan blog saya. Jadi saya memperkenalkannya di dalam kelas, hehe. Tapi banyak juga viewer saya daripada rakan sekelas. Tapi boleh ke seorang blogger menjadi jutawan? Sekali bila saya cari kat google gaji blogger yang terhebat, susah saya nak percaya. Blogger yang terhebat ialah Max namanya dan gajinya $ 44.9 Milion setahun. Dalam hati tu cakap" lagi kaya daripada Cristiano Ronaldo lah (sebab orang paling kaya yang saya tahu ialah Cristiano Ronaldo)"


Hasil daripada blog

Belum lagi....


Itu sahaja untuk blog saya pada kali ini, terima kasih kepada yang membaca dan jangan lupa follow dan share ye. Bye, assalamualaikum.

Sekolah

Hai, cerita saya untuk kali ini ialah tentang sekolah saya ataupun sekolah dan saya. Saya mula dengan zaman tadika dahulu. Saya mula memasuki tadika sewaktu saya berumur lima tahun, saya tak tahu kenapa saya tak masuk tadika sewaktu saya berumur 4 tahun sehingga sekarang, soalan itu kekal misteri. Apa-apa pun, saya ialah budak yang fokus dalam kelas dan pandai..... bolehla. Nama tadika saya ialah Tadika Restu Ibu. Alhamdulillah saya boleh menghadapi peperiksaan dengan mudah sepanjang tahun itu. Nama kawan-kawan tadika dulu yang saya ingat ialah Amsyar, Akif dan Boboy je kot. Kesemua kawan-kawan saya tu ada perangai tersendiri. Amsyar ialah murid yang terpandai dalam kelas kami dan pernah menjadi ketua kelas sepanjang zaman tadikanya, 4-6 tahun. Akif pula tulisan dia tak cantik, cikgu cakap tulisan Akif macam cakar ayam (harap Akif tak baca blog saya). Boboy pula selalu buli orang. Pernah satu masa, dia mencuri mainan saya, tahulah yang mainan tak boleh dibawa ke sekolah, tetapi dia tu memang suka curi mainan orang. Akhirnya, mainan itu dirampas oleh cikgu dan sampai sekarang saya tak mendengar khabar mainan saya tu.

Sewaktu saya berumur 6 tahun, saya gagal menjadi pandai seperti sewaktu saya umur lima tahun. Susah nak fokus. Saya betul-betul tak faham kenapa saya jadi begitu. Pernah kena denda jugak. Laporan pelajaran saya waktu itu turun mendadak padahal saya masuk kelas Pra-tahfiz kot. Kelas enam tahun untuk tadika saya terbahagi kepada dua. Satu kelas enam tahun biasa, satu lagi kelas Pra-Tahfiz iaitu kelas enam tahun juga tetapi untuk sesiapa yang bersekolah di tadika daripada 4 tahun hingga enam tahun. Tetapi, disebabkan saya pandai dulu, jadi saya dimasukkan  ke kelas pandai. First time dalam tadika tu saya nakal tak beberapa pandai. Tapi, satu kali kita gagal bukan bermaksud gagal selama-lamanya, itu bermaksud kita perlu berusaha untuk kembali membangun!! Saya berusaha gigih dalam kelas untuk cuba menumpukan perhatian kepada cikgu yang sedang mengajar dan membuat kerja rumah cepat-cepat di dalam kelas. Akhirnya, tamat jugalah saya punya perjalanan di dalam tadika itu dengan cemerlang.

Seterusnya, cerita saya di dalam sekolah rendah pula. Saya memasuki sekolah rendah yang lebih besar daripada tadika. Mula-mula saya ingat besar sekolah rendah sama besar dengan tadika, rupa-rupanya lebih besar. Bangunan sekolah ada dua, kantin besar lagi cantik. Hari pertama saya sekolah, saya tak berkawan pun sebab hari pertama semua orang malu kan, sesiapa pun mesti malu hari pertama sekolah kan? Siapa yang cakap dia tak malu tu ialah seorang yang sembang lebih ataupun dia mempunyai suara yang lantang. Sambung balik, cikgu datang ke kelas kami membawa kertas mewarna dan edarkan kepada setiap orang di dalam kelas. Semua orang mewarna-mewarna, tiba-tiba ada seorang budak meja hadapan saya toleh kebelakang dan berkata " boleh tak saya nak pinjam pensel warna merah?", saya pun cakap "umm... boleh je..". Kami pun terus diam. Habis kelas, semua orang pergi ke kantin. Budak yang meminjam pensel tu perkenalkan diri dia yang bernama Syahid manakala budak sebelah saya yang tinggi 1 kaki lebih daripada saya bernama Syahid Rayyan. Mulalah pengembaraan tiga budak ini di dalam sekolah. 

Saya hendak mengembara seluruh bangunan sekolah supaya saya tidak pernah sesat di dalam sekolah (ada ke orang pernah sesat dalam sekolah sendiri????). Kawan-kawan saya semua tu jenis yang suka berjenaka, ada jugak jenaka kawan saya hambar tak beberapa menjadi. Cerita saya di sekolah rendah ini sekejap sahaja sebab saya ada cerit yang lain. Pada pengakhiran Tahun Dua, saya perlu berpindah ke tempat lain iaitu Nilai, Negeri Sembilan. Mula-mula saya hanya beri tahu kawan-kawan rapat saya. Tapi entah kenapa, tersebar macam seluruh darjah. Kelas lain banyak orang yang tahu saya akan pindah. Soalan paling famous orang tanya saya ialah 

"Kenapa awak pindah?"

Pembaca: E'eleh macamlah kita tak expect soalan tu akan keluar daripada.
Ammar Yusuf: Biarlah saya nak tulis apa dalam blog ni, ini kan blog saya

Saya pindah ke nilai dan memasuki sekolah swasta. Saya tak tahu apa itu swasta sampai Mummy bagitau saya. Swasta ialah sekolah persendirian tanpa bantuan kerajaan. Waktu tu sedih jugak sebab berpindah tapi akhirnya ramai juga kawan. Okay, sampai disini sahaja ye. Jangan lupa share blog saya sebab blog saya ni dah nak hit 1000 viewers ye. Jumpa nanti di blog seterusnya, bye!!

Saturday 28 August 2021

My football story

 Hai, maafkan saya kerana sudah lama saya tidak membuat blog. InsyaAllah blog kali ini saya akan tulis panjang-panjang sikit. Cerita saya sekarang ni ialah kisah bola sepak saya. Saya mula mengenali bola sepak sewaktu saya berumur 6 tahun dan pemain yang saya kenal dulu tak banyak, hanya Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan juga Neymar Jr. Saya tak ikut sangat bola sepak Malaysia. Dan sewaktu saya berumur dalam lingkungan 7-8 tahun, Daddy saya tengok AFF Suzuki Cup bola sepak. Dan daripada situlah saya mengetahui tantang bola sepak dengan lebih mendalam. Saya pun melukis pemain bola sepak dan memegang kertas itu pada saat Malaysia menjarinngkan gol. Apabila saya berumur 9 tahun, saya menyokong kelab bola sepak terkenal eropah yang menjadi kegemaran Daddy iaitu Manchester United. Pemain Manchester united yang saya kenal sewaktu itu ialah Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan Paul Pogba. Saya semakin tertarik dengan kelab gergasi England itu sehinggakan saya google tentang Manchester United punya player, sejarahnya dan banyak lagi. 


Sewaktu saya berumur 10 tahun, saya hanya bermain bola sepak dengan budak 6 tahun sahaja. Daddy cakap kenapa kitorang bermain bola sepak dengan budak, main lah bola sepak dengan remaja di padang sebelah. Tapi kitorang takut sikit main bola sepak dengan remaja yang berumur 13-19 tahun, ye 19 tahun pun bermain di situ. Tapi saya pun mahu merasa bagaimana bermain bola sepak dengan orang lebih besar daripada saya, jadi saya pun cakap dekat abang-abang tu "boleh tak main bola sama-sama?" Diorang cakap boleh je. Saya dimasukkan dalam barisan pertahanan walaupun saya hebat dalam menyerang. Saya duduk dekat barisan pertahanan kerana saya mahu melihat corak permainan mereka dahulu. Saya banyak kali tackle bola daripada orang lagi besar daripada saya. Saya selalu dipuji

 Itu sahaja blog saya untuk kali ini. Tak sabar pula nak main bola petang nanti. Jangan lupa share dan follow ye. Bye assalamualaikum.

Thursday 19 August 2021

Kemalangan teruk

 Hai kawan-kawan. Blog kali ini saya akan menceritakan tentang kemalangan yang berlaku di tanggal 19/8/2021. Ceritanya begini, waktu itu saya sedang bermain basikal, kemalangan jatuh basikal la, saya mahu lepaskan satu tangan kerana lenguh tiba-tiba ada bonggol dekat depan itu. Saya tak balance dan terjatuh. Saya terjatuh tu sepatutnya terhentak kepala saya dekat jalan tar itu tetapi saya melindungi kepala saya menggunakan tangan. Sebab saya terjatuh ialah kerana saya melepaskan tangan sewaktu saya mengayuh basikal di atas bonggol. Saya melihat tangan saya itu dan kedua-dua tangan saya berdarah. Kaki saya pun berdarah kerana terseret di jalan. Mujurlah badan saya tak luka. Cara saya jatuh tu macam cara atlet berbasikal negara kita iaitu Shah Firdaus terjatuh. Terkoyak saya punya kulit dan seluar sekolah yang saya pakai itu.


Kesakitannya? Hanya Allah sahaja yang tahu. Nasib baik saya bukan jatuh sebab berlumba. Kalau tak, kesakitan itu ditambah lagi dengan kemarahan Mommy. Korang takkan tahu macam mana kesakitan itu. Saya pun balik rumah. Saya menunjukkan kecederaan saya itu kepada Mommy & Daddy. Mommy menyuruh saya supaya membasuh tempat luka berdarah saya. Saya cakap tak nak sebab saya pernah berdarah dan saya membasuh tempat berdarah itu. Sakit la untuk budak, sebab itulah saya cakap tak nak apabila disuruh membasuh tangan. Tapi Mommy cakap kalau tak basuh nanti ada kuman dan kalau ada kuman, lagi teruk kesakitan saya. Saya terpaksa membasuh tangan. Saya menjerit kesakitan. Tetapi, saya tak nak orang dengar jeritan saya itu jadi saya menggigit sehelai kain bersih.


Saya tak boleh sentuh air walupun sedikit. Saya tak boleh ambil wudhuk dan tak boleh solat. Tapi, nanti saya akan qada' solat saya (menggantikan solat kerana terlambat solat atau tertinggal solat). Rumah saya ada sebuah kolam renang. Sepatutnya kami boleh bermain di hari cuti sekolah iaitu Sabtu & Ahad dan saya terjatuh basikal pada hari Khamis.Saya tak rasa yang luka ini boleh sembuh dalam masa terdekat jadi......no swimming pool, huhuhuhu. Sewaktu hendak tidur, Mommy membalut luka berdarah saya di kedua-dua tangan saya menggunakan kain putih supaya luka saya tak bergesel sewaktu tidur.


Itu sahaja blog saya untuk kali ini. Jangan lupa follow ye. Saya sangat sakit sekarang ni jadi mungkin ini blog terakhir saya pada bulan ini. Doakan saya cepat sembuh tahu. Doakan saya dapat mandi di kolam renang juga ya. Bye assalamualaikum.

Wednesday 18 August 2021

Food Review

Hai assalamualaikum semua. Saya kan pernah menulis blog tentang review buku, sekarang ini, saya mahu menulis blog tentang review makanan pula. Pagi tadi, saya rasa lapar sangat kerana waktu itu sudah pukul 9:40 dan saya tak SARAPAN lagi!! Saya terbaring dekat atas sofa dengan bermuka zombi. Tiba-tiba, ada abang Foodpanda datang bagi kami sebungkus plastik makanan yang besar. Daddy beritahu saya yang itu adalah makanan untuk direview. Saya pun cakap "betul ke? betul ke?" Saya membuka plastik itu dan saya melihat makanan itu. "Wah!!!Nasi dagang dan nasi lemak ikan daripada Terengganu!"kata saya dengan sekuat hati. Saya pun merasai nasi tersebut. Sedapppp betul! Saya tak pernah merasai nasi macam tu. Betul, saya jujur, memang sedap.


Rasa ikan dekat nasi lemak ikan tu manis-manis. Mungkin sebab tu kot makanannya menjadi sedap. Maklumlah, saya tak pernah makan makanan East Coast Malaysia. Saya makan dengan begitu lahap sekali. Saya tak pernah makan makanan sesedap itu. Ahhh, kalaulah saya boleh bagi gambar tu.... (gambar nasi lemak ikan yang saya makan itu). Saya rasa makanan itu sedap ialah kerana dua perkara. Perkara pertama, sebab saya tak pernah makan makanan sesedap itu. Perkara kedua, ialah sebab satu pepatah yang selalu digunakan di keluarga kami ialah "Kenapa sedap?" dan semua menjawab " Sebab free!!"


Itu sahaja blog saya untuk kali ini. Siapa yang belum follow, sila follow dan kongsikan blog saya ni ye. Bye assalamualaikum.