Saturday 27 June 2020

Pokok pertama saya

Hai!!! Saya nak ceritakan pasal pokok yang paling pertama yang saya ada. Pokok ini kecil je, yelah mestilah kecil kan. Sebab selalu orang kata jaga pokok dari kecil hingga besar. Tapi kitorang tak beli benih pun, kitorang beli waktu dah jadi pokok terus. Tapi saya beli waktu dia jadi pokok kecil, mommy saya tu beli pokok yang besar-besar dia sendiri.

Ah lupa nak bagitahu nama jenis pokok saya ialah snake plant. Saya start beli pokok sebab saya main game Plant vs Zombie. Saja je saya tak start beli pokok sebab main game Plant vs Zombie pun.Kami start beli pokok sebab nak buat hiasan. Sebab waktu tu macam-macam jenis hiasan. Saya namakan pokok saya ialah Super Pokok.


Okeylah saya dah taknak cakap panjang. Jangan lupa follow blog saya tau. Sebab setiap hari saya tengok berapa orang tengok blog saya, berapa orang follow blog saya. Bye assalamualaikum.

Wednesday 17 June 2020

Di malam Jumaat

Hai!!! Saya nak ceritakan apa yang selalu berlaku pada malam Jumaat. Pada setiap malam Jumaat, saya dan satu keluarga tengok movie. Kot kot lah kan besok hari sabtu, tak sekolah pun, hari Jumaat pulak last sekolah, jadi kitorang tengok lah apa-apa movie yang kitorang suka. Pada setiap malam Jumaat, kami namakan malam itu movie night. Kerana boleh tengok apa-apa cerita yang kami mahukan.

Kalau korang nak tahu malam Jumaat memang malam yang paling best. Kadang-kadang kalau malam jumaat takde movie night sebab mommy sibuk sangat, movie night digantikan waktu hari Sabtu, kalau sabtu pun mommy sangat sibuk, movie night digantikan waktu hari Ahad pula. Best betul kerana dapat keluarga macam ini. Kawan-kawan jangan lupa ya tengok tv waktu malam Jumaat.

Jangan lupa follow blog saya ya. Bye assalamualaikum.

Tuesday 9 June 2020

Hari jadi adik yang comel

Hai! Saya nak cerita pasal adik yang comel saya ada ini. Nama adik saya itu ialah Maryam Helena, itu saja adik perempuan yang kami sekeluarga ada. Adik perempuan itu kesayangan semua orang. Hari ni birthday dia, semua orang kena buat baik je dengan dia, tapi macam mana nak tahan kalau ada adik perempuan yang pipi tembam ni. Saya asyik nak cubit dan cium je pipi tembam dia tu. Oh ya lupa pulak, harini dia pakai baju putih yang terlalu cantik. Kami tak sabar nak tengok muka dia waktu tengah menyanyi happy birthday dekat Maryam bersama kek hari jadi.

Waktu tengah menyanyi happy birthday dekat Maryam, Maryam cakap '' No no no '' tapi kami teruskan menyanyi sampai habis, dia cakap ''No no no '' sebab dia nak makan kek tu terus. Sebab saya nampak muka dia terpandang-pandang je kek tu dengan sepenuh muka sedap yang dia boleh buat. Aduh lupa lagi, saya lupa untuk bagitahu dekat kamu semua orang yang baca ni. Benda yang saya nak bagitahu itu hanya baju yang kami pakai je. Okeylah saya akan bagitahu, baju saya dan Mommy warna hijau, adam dan Daddy warna merah. Kami makan Texas Chiken juga

Lupa saya nak bagitahu, Makanan kegemaran Maryam ialah cheese, biskut gery, apa-apa jenis jajan kecuali tak pedas dan minum milk Mommy. Hobi Maryam pulak ialah naik motor sama-sama dengan abang-abang dia, tengok tv dan menconteng dinding dan sofa.



 Okey ini jelah untuk harini bye assalamualaikum 

Monday 8 June 2020

Raya tahun ini

Hai! Saya nak ceritakan pasal raya tahun ni. Macam biasa je raya dalam rumah. Saya ingat raya tahun ni best macam tahun lepas, kecuali tak beraya dekat rumah orang lain, rupa-rupanya hari pertama je yang paling best dalam semua raya di rumah ni. Sebab boleh makan soto, begedil, rendang, lemang, ketupat, ayam sambal. Mommy masak soto dengan begedil, manakala rendang, lemang, ketupat, ayam sambal itu adalah pemberian jiran. 

Warna baju raya tahun ni ialah warna pink. Baju saya, Adam, Daddy beli di Jakel, manakala Mommy dan Maryam beli di tempat yang mahal. Pada raya keempat kami main bunga api, bunga api itu Mommy beli daripada Shopee. Ingatkan bunga api tu banyak, rupa-rupanya bunga api tu sikit dan kecil. Okeylah daripada tak dapat main langsung kan, saya kena bersyukur apa rezeki yang ada. Siap Mommy pasang lagu sedih raya lagi, tapi saya tak rasa sedih pun.

Oh semalam ada berita baik, Perdana Menteri telah mengumumkan yang kita diberi kebenaran untuk merentas negeri lagi dua hari. Waktu Perdana Menteri umumkan berita itu, saya terlalu gembira sampai saya joget jogetan yang orang tak tahu. Saya tak sabar nak melawat Atuk, Nanny, Grandma, Grandpa, pakcik, makcik dan semua cousin saya. Benda yang saya paling tak sabar ialah nak makan semua rendang dan nak dapat duit raya daripada semua orang.


Okey tamat kat sini jelah saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin. Jangan lupa baca blog saya lagi ya, penat-penat je saya buat, tapi tak ada orang baca pun. Okeylah bye assalamualaikum.