Sunday 11 July 2021

Holiday at Rawa Island

Hai assalamualaikum. Kali ini saya akan ceritakan tentang percutian yang sangat sangat best, dan paling nombor satu setakat ini. Nak ceritakan ni panjang sebenarnya tapi saya pendekkan lah. Percutiannya ialah ( sila bayangkan ada drum roll ) di Pulau Rawa! Pulau Rawa teletak di negeri Johor dan jeti untuk ke Pulau Rawa ialah jeti Mersing.  Okey first sekali kitorang tiba di jeti Mersing untuk pergi Pulau Rawa. Sejam jugaklah nak kena tunggu boat. Kitorang duduklah dekat office dia. Lepastu mommy pun suruh beli roti sebab waktu kitorang sampai jeti Mersing tu sebenarnya dalam keadaan lapar. Lepastu kitorang pun belilah roti. 

Lepastu boat pun sampai, jadi kitorang pun naiklah boat. Waktu sampai boat tu, kami sekeluarga je naik boat waktu tu. Dahlah boat tu besar sampaikan boleh masuk 20 ke 30 orang, ni kami sekeluarga je naik boat, haih. Agak setengah jam jugaklah nak sampai ke sana. Setibanya dekat pulau, kitorang nampak ramai orang dah main. Adik saya tu bila dah sampai je bilik terus tanya '' boleh main dekat pantai dah ke''. Padahal saya pun nak cakap benda yang sama hehehe. Jadi bila tiba masanya untuk main dekat pantai, adik saya terus pakai alat berenang.

Dia terus pakai gogal untuk snorkeling. Lepastu saya pun cakap dekat dia '' buat apa terus pakai gogal tu, biasakan diri dulu dengan air ni''. Dia dah biasakan diri, terus snorkeling. Saya pun ikut adik saya. Kitorang tengok batu karang, ikan berwarna-warni, rumpai laut dan macam-macam lagi. Tempat paling senang hendak mencari ikan ialah di bawah jeti. Sebab dekat bawah jeti kan ramai orang tak usik. Tapi sekarang ni banyak dah orang pergi dekat bawah jeti.



Kitorang main sampai pukul tujuh. Lepastu kitorang pun mandi, solat, rehat sekejap. Lepastu kitorang pun makan dekat restoran dia. Tapi restoran dia bukan biasa-biasa je. Restoran orang kaya. Ada buffet. Sebelah restoran tu pulak ada pemandangan laut yang cantik walaupun waktu malam. Mommy siap buat video kat Youtube lagi. Banyak orang tonton video tersebut. Saya sebenarnya nak letak video tersebut dekat bawah ni, tetapi saya tidak pandai. Jadi saya bagi linknya sahaja 

https://youtu.be/Nok-ZjGy-DM


Tengok ye video atas tu. Berbalik kepada cerita tadi. Kami pun balik ke bilik dan tidur. Besoknya, saya bangun awal, solat subuh dan pergi breakfast. Sewaktu dalam perjalanan hendak ke restoran, saya tenampak seekor burung merak bewarna putih. Saya tak pernah tengok burung merak berwarna putih lagi seumur hidup saya. Saya pun ikut pergerakan burung tersebut. Selepas itu, saya pun memasuki restoran. Dalam restoran itu ada banyak orang berbanding malam semalam.

Saya tengok makanan kegemaran saya pun sudah tiada, tapi nasib baik pekerja restoran tu tambah makanan yang saya mahu. Dan apabila saya selesai makan, saya pergi ke trampoline besar sebelah restoran. Kalau siapa yang tengok video Pulau Rawa yang saya bagi, Maryam sedang menaiki trampoline kan? Saya pun menaiki trampoline dan lompat tinggi.



Saya sangat letih selepas berlompat-lompat atas trampoline tersebut. Dan macam semalam, waktu tengah hari, main dekat laut. Hari keempat, iaitu hari terakhir kami di Pulau Rawa. Pada hari tersebut, saya tak bermain di laut, tetapi saya pergi ke atas bukit untuk hiking.Saya pergi hiking bersama Daddy dan Adam sahaja kerana Mommy perlu menjaga Maryam. Nak sampai ke puncak bukit itu memang lama. Setelah sampai ke puncak, kami melihat pemandangan Laut Cina Selatan yang cantik. Dan selepas itu, kami pun turun dari puncak dan balik ke bilik, mandi dan lipat baju untuk dimasukkan ke dalam beg dan bawa beg tersebut ke jeti dan menunggu boat. Itu sahaja untuk blog kali ni. Jangan lupa follow dan share ye. Bye assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment