Monday 26 July 2021

Kucing

Hai assalamualaikum, sudah lama saya tidak membuat blog. Hari ni saya hendak menceritakan tentang kucing saya dan seluruh perjalanannya. Ceritanya begini, pada akhir tahun 2020, seekor kucing betina berusia kira-kira 2 tahun daripada jenis calico cat datang ke rumah saya mengiau kuat-kuat. Saya rasa dia hendak meminta makanan, jadi sebab tulah saya beri ikan goreng sedikit.Dia makan dan tak lama selepas itu dia pergi keluar dari rumah kami. Besoknya, dia datang lagi ke rumah kami. Saya tak tahu nak bagi apa kat dia tapi dia tak minta makanan pun, dia hanya duduk di depan pintu rumah.


Kami pun membiarnya duduk. Setiap hari, dia asyik datang rumah kami dan meminta makanan dan kami asyik memberi makanan manusia sahaja. Satu hari, saya tanya Daddy boleh tak kita bela kucing ni, Daddy balas kita memang dah bela sebab kita dah bagi makan, dah bagi tempat untuk dia duduk. Saya masih tak tau yang kita bela kucing. Walhal, dah jaga macam terlebih bela. Kami pun mulalah membeli makanan kucing yang betul serta meminjam sangkar kucing jiran ( kerana jiran kami pun membela kucing)


Beberapa bulan kemudian, you will not believe this, dia  BERANAK di tepi pasu pokok rumah saya!! Saya tengok anak-anaknya yang tidak membuka mata lagi beranak seekor-seekor. Mereka lahir pada tanggal 15/4/2021. Saya waktu tu dah terfikir yang tak lama lagi diorang akan main dengan kami, tetapi itu mungkin berlaku sewaktu mereka kira-kira 1 bulan dan benda pertama yang saya patut fikir ialah bahan buangan mereka 😿 . Daddy bagi tahu jiran, Uncle Mojil macam mana nak handle kan anak kucing dan apa yang saya dengar hanyalah "....anak kucing takkan buang air dalam tempoh lima hari lepas lahir"


Saya pun bolehla santai dalam masa lima hari!! Oh ya, pengenalan anak-anak kucing, anak pertama, Bulio, berwarna hitam dan jantan. Anak kedua, Tembun, berwarna oren,tembam dan betina. Anak ketiga, Tembunita, berwarna belang oren dan putih. Anak keempat, Bumby (nama pendek kepada Bumblebee) berwarna oren dan yang paling kasar sekali. Dan anak yang terakhir, Kiki berwarna belang hitam,oren dan putih (jenis calico cat) dan betina.


Apabila mereka sudah membesar, banyak bahan buangan yang mereka hasilkan. Part susah sudah bemula. Dan mereka membuang di atas lantai tempat parking kereta. Mula-mula saya mengharapkan Adam untuk membuang bahan buangan mereka  membuka air paip dan jirus bahan buangan mereka. Easy peasy lemon squeezy. Macam tu je? Yep macam tu je. Korang rasa senang lah jirus je, tapi cuba korang bayangkan, kalau setiap minit diorang membuang. Is it gonna be easy? Absolutely no. 


Apabila sudah terlalu banyak bahan buangan mereka, kami menggunakan satu kaedah iaitu jika mereka membuang air kecil, kita jirus guna air dan apabila mereka membuang air besar, kami menggunakan batang lidi dan mencucuknya lalu membuangnya ke rumput depan rumah. Dan kaedah itu digunakan hingga sekarang. Anak-anak kucing yang lahir pada bulan Ramadhan itu sudah boleh makan makanan kucing. Semua dah pandai makan makanan kucing. Jadi semakin banyak kalilah Daddy kena pergi beli makanan kucing.


Apabila mereka berumur 1 bulan, mereka sudah mula bermain sesama sendiri, permainan pertama yang mereka main adalah gaduh. Ini permainan biasa kucing, cakar-cakar, gigit-gigit. Kucing mesti memulakan hidupnya dengan bergaduh. Yang kedua, cakar. Cakar ni bagi diorang macam........mmm.... main board gamelah (padahal saya sendiri pun tak pasti). 49% saya rasa yang cakar tu macam main board game. Kalau korang pulak, korang rasa kucing tengah buat apa waktu diorang tengah cakar-mencakar tu. Tulis di ruangan comment di bawah nanti.


Pada satu malam ni, kitorang nak pergi solat terawih kat masjid. Kot-kotlah bulan Ramadhan kot, bagi kitorang, solat terawih tu wajib. Sambung balik, lepastu ( tukar nada suara membaca ya!) anak-anak kucing tu kejar kitorang. Diorang tak boleh ikut sebab diorang masih kecil. Kalau diorang dah besar pun tetap tak boleh ikut jugak. Diorang pun dengar arahan dan tidak ikut kami. Diorang faham ke apa yang saya cakap? bisik saya. Apa-apa pun, waktu tu saya dah terlambat untuk pergi ke masjid, jadi takde masa untuk saya bermain dengan kucing kerana saya hendak pergi ke masjid jadi saya tinggalkan kucing dan masuk kereta.


Okey, itu je kot blog saya untuk kali ini. Blog ini blog yang terpanjang yang saya pernah buat dan blog ke-1048 terpanjang di dunia. Kepada sesiapa yang baru tengok blog saya, tolonglah follow dan kepada sesiapa yang dah lama tengok blog saya, share lah dekat orang-orang yang korang kenal. Saya taknak cakap panjang lagi jadi, bye assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment