Monday 26 July 2021

Pertandingan book review : Episod 1

Sebenarnya, nama pertandingan itu ialah resensi buku tetapi tak banyak orang yang tahu apa maksud resensi termasuk saya.   Resensi: review.   Kenapa namakan resensi? Sekarang ni 90/100 orang Malaysia yang memahami bahasa Inggeris. Saya bukanlah nak bantah menggunakan bahasa Melayu tetapi nama 'review' lebih banyak digunakan daripada nama 'resensi'. Saya macam dah jadi pembangkang pulak. Ni cerita book review kan? Kalau nama tajuk blog ini 'membantah' bolehla saya membantah semua benda yang saya rasa nak bantah. Dah la, nak sambung balik cerita tadi fasal pertandingan book review. Ceritanya bermula begini, pada hari Isnin lepas, kawan Mommy saya ada bagi satu iklan pertandingan book review melalui online. Maksudnya kena buat video book review tersendiri dan hantar video itu di Facebook. Pertandingan tersebut ada dua kategori. Satu kategori dewasa manakala satu lagi ialah kategori budak. Boleh review dalam bahasa melayu dan bahasa Inggeris.


Lepastu Mommy panggil saya dan Adam untuk melihat iklan pertandingan tersebut. Mommy juga mengajak kami supaya memasuki pertandingan tersebut. Nampaknya Adam tidak minat untuk memasuki pertandingan itu manakala saya pula berlawanan sangat dengan Adam. Saya memasuki pertandingan itu kerana saya melihat sesiapa yang memenangi pertandingan tersebut akan mendapati wang tunai sebanyak RM300. Lagi satu sebab saya memasuki pertandingan tersebut ialah kerana saya tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan yang dapat hadiah jika menang seumur hidup saya. Besoknya, saya bangun awal pagi, solat subuh dan terus membuat skrip untuk bercakap dalam video nanti. Saya review tentang sebuah buku bertajuk 'Flags of The World'. Pada awalnya saya banyak salah menulis skrip mengikut tatabahasa yang betul. Inilah contoh kertas skrip saya yang tidak menjadi.



hai nama saya ialah muhm Muhammad ammar yutsuaf  yusuf

saya hendak.......................


Saya tak nak tulis semua sebab nanti penat lah saya padahal malu orang tengok kertas tu. Saya terpaksa ulang banyak kali walaupun pengenalan. Banyak kali jugak saya rasa seperti hendak putus asa dan tidak memasuki pertandingan tu. Tapi saya tetap kuat jugak berlawan dengan fikiran negatif kerana tentera fikiran positif saya dibantu dengan doa supaya saya dapat menyiapkan skrip dan menang. Saya juga berterima kasih kepada Mommy kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan skrip dan membuat video. Dan tibalah hari untuk membuat video. Saya punya kaki menggigil kerana saya berlawan dengan budak-budak lain. Sepanjang video itu, saya memang dalam ketakutan. Tapi, siap juga video itu. Sekarang ni, saya hanya perlu menunggu keputusan keluar sahaja. Tolong doakan saya menang ya! Bye, assalmualikum.

No comments:

Post a Comment