Sunday 15 August 2021

Saya & basikal: Perlumbaan tiga

 Hai semua, selamat kembali kepada blog saya. Dah baca 'Saya & basikal: Perlawanan hebat'?  Jika belum, baca blog yang itu dahulu sebelum baca blog yang ini. Okey, beberapa bulan selepas perlumbaan kenderaan ringan, Daddy mahu membeli basikal lipat untuk dirinya. Dia pun pergi ke kedai basikal, ada banyak basikal tetapi sikit sahaja yang berharga murah. Yang paling murah pun berharga RM 600. Daddy melihat sebuah basikal lipat bewarna biru berjenis Noris 2.8 dengan penuh rasa kagum, lalu membelinya. Daddy pun beli juga satu tempat duduk istimewa untuk budak yang boleh ditempatkan di belakang basikal untuk Maryam.


Perkara yang saya tak sabarnya ialah, boleh saya belumba bersama Daddy. Setelah ada basikal itu, semakin kerap kami mngayuh basikal. Biasanya, setiap kali kami main, mesti Maryam akan duduk tempat istimewa dekat belakang basikal Daddy. Tetapi, hari ini, Maryam tidak ikut kami main basikal. Jadi, kami mengadakan satu perlumbaan yang bernama perlumbaan tiga bermaksud perlumbaan antara tiga orang iaitu saya, Adam dan Daddy. Sebelum perlumbaan itu, saya cakap dekat Adam " Kalau Adam dapat pecut Daddy, maka Adam menjadi Budak Juara Dunia" 


Perlumbaan pun bermula dan Adam pun memecut sekuat hati kerana dia betul-betul mahu menjadi Budak Juara Dunia. Tetapi tidak semudah itu, Daddy terlampau laju. Kami ingat Daddy mengayuh perlahan sahaja kerana sebelum inikan Daddy membawa Maryam jadi tak bolehlah Daddy kayuh laju-laju. Saya yang tengah mendapat tempat ketiga pun cuba memecut. Adam yang laju berkayuh sudah penat dan senang sahaja untuk saya memotong Adam. Apabila Daddy melihat yang saya laju memecut terus dia kayuh laju-laju. Daddy, Muhammad Hanis bin Roslan menggelar dirinya ' Azizulhanis Awang' kerana kelajuannya yang luar biasa itu.


Saya penat sudah dan Adam pula yang memotong saya. Saya pun berhenti sekejap kerana penat. Saya berhenti terlalu lama sampai saya tidak nampak Adam dan Daddy yang sedang laju mengayuh. Jadi saya membuat keputusan untuk menggunakan jalan pintas. Saya dapat memotong diorang dengan senang sahaja. Apabila Adam nampak yang saya menggunakan jalan pintas, terus dia cakap "mana adil guna jalan pintas!"Saya hiraukan sahaja apa yang dia cakap. Tetapi saya perlu berlaku adil, jadi saya dikeluarkan sekejap dan masuk balik dalam perlumbaan itu. Apabila kami sampai di sebuah selekoh tajam, kami membuat lencongan seperti pelumba motor kecuali Adam kerana dia takut untuk sengetkan badannya.


Untuk pengetahuan anda, tayar basikal Adam ialah tayar basikal kecil kerana dia tidak mahu basikalnya menggunakan tayar besar. Saya cakap " Adam bestlah sebab dia ada tayar yang kecil jadi ringan basikal dia daripada kita, senang dia nak pecut kita". Adam lagi laju apabila kami berlumba lari tetapi saya lagi laju jika berlumba basikal. Saya pun tanya Daddy kenapa Adam perlahan daripada saya. Jawapan Daddy ialah "Sebab tayar basikal Abang (saya) besar, mana boleh Adam pecut Abang sebab tayar Abang besar. Semakin besar tayar basikal, semakin laju basikal tersebut. Entah-entah, 2 kali kayuhan basikal daripada Abang menyamai 3 kali kayuhan Adam" Saya masih tak faham-faham apa yang Daddy kata.'Semakin besar tayar basikal, semakin laju basikal tu?' bisik saya. Apa-apa pun, saya tahu yang saya lagi lajulah kan? Kembali ke cerita tadi.


Pusingan terakhir pun bermula, siapakah yang akan menjadi juara? Ammar menjadi tempat pertama, Daddy tempat kedua manakala Adam tempat ketiga. Daddy berkelajuan sama seperti Ammar dan......... Daddy memotong Ammar, Ammar mengayuh perlahan bermaksud sedang berehat. Adam memotong Ammar. Ammar kembali memecut di belakang Adam dengan sepantas kilat. Adam takkan membenarkan Ammar memotongnya lalu menutup laluan Ammar untuk potong. Yahh! Perlumbaan sudah pun tamat. Daddy tempat pertama, Adam tempat kedua dan Ammar tempat ketiga iaitu tempat terakhir. Ammar tidak boleh mendapat tempat  kedua kerana dihalang oleh Adam. Tahniah diucapkan kepada Daddy dan Adam! Ammar pula, sila mencuba lagi.


Terima kasih kerana membaca blog saya kali ini. Sila kongsikan blog saya ini ye. Bye assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment