Monday 30 August 2021

Blog saya

 Cerita ini tentang pengenalan saya dengan blog, ayat saya dalam blog dan bla bla bla dalam blog. Kita mulakan dengan pengenalan dulu ye.

Pengenalan

Pengenalan saya dengan blog. Saya mula mengenali blog kerana kerja sambilan Mummy saya ialah blogger dan youtube. Ni link blog Mummy.  Dia mula menulis blog sewaktu dia belum lahir sehinggalah anak-anak dia panjang lebar. Blog pertama yang ditulis daripada Mummy terus dapat comment dan sambutan (agaknya korang faham ke tidak apa yang saya cuba nak sampaikan?) Anyway, blog Mummy memang best dibaca (ni puji mak sebab nak set lego baru leteww). Tapi mestilah blog Mummy best dibaca kalau tak mesti la blog Mummy tak mencecah satu juta setengah viewer-nya. Satu cerita terus dah 8 ribu lebih viewer dan 100 orang like (biar betul 100 orang like? Dahsyat sungguh penulis blog ni)  sampai 100-200 orang like setiap satu cerita. Dulu Daddy pun ada blog, waktu saya kecillah. Tapi sekarang blog tu dah takde. Saya cakap kenapa blog Daddy dah takde dan Mummy jawab sebab Daddy punya blog tu tahpahape and i got it.


Fikiran saya terhadap Blog

Fikiran saya ye, korang rasa apa yang saya fikirkan.

Pembaca:  Soalan saya ialah kenapa awak buat blog?

Oh ok, Mula-mula saya buat blog hanya untuk membuat kenangan di waktu tua, tetapi, tapi Mummy cakap kalau blog saya dilihat oleh viewer sebanyak 1000 orang, nanti boleh dapat $. Saya pun hairan, boleh dapat duit ke kalau saya menulis. Tiba-tiba saya terfikir sesuatu over. Saya terfikir yang saya pergi ke Restoran Michelin 5 bintang dan sewaktu itu saya perlu membayar harga makanan. Tetapi saya tidak menggunakan duit untuk membayar, tetapi saya menjual tulisan yang sama harga dengan makanan tu, melampaunya. Sebab tu lah saya masih  menulis blog. Dengarnya, selepas 1000 viewers nanti, saya boleh dapat $0.20 jika seseorang membaca blog saya. Tak jauh dah untuk viewer saya mencecah 1000, kerana  sekarang ni viewer saya dah 931. Tapi saya fikir kalau saya dah tulis blog yang best pun, macam mana saya mahu orang mengenal blog saya kalau saya tak kenalkan????! Instagram pun saya takde, Facebook ke Twitter pun saya takde untuk memperkenalkan blog saya. Jadi saya memperkenalkannya di dalam kelas, hehe. Tapi banyak juga viewer saya daripada rakan sekelas. Tapi boleh ke seorang blogger menjadi jutawan? Sekali bila saya cari kat google gaji blogger yang terhebat, susah saya nak percaya. Blogger yang terhebat ialah Max namanya dan gajinya $ 44.9 Milion setahun. Dalam hati tu cakap" lagi kaya daripada Cristiano Ronaldo lah (sebab orang paling kaya yang saya tahu ialah Cristiano Ronaldo)"


Hasil daripada blog

Belum lagi....


Itu sahaja untuk blog saya pada kali ini, terima kasih kepada yang membaca dan jangan lupa follow dan share ye. Bye, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment