Monday 30 August 2021

Sekolah

Hai, cerita saya untuk kali ini ialah tentang sekolah saya ataupun sekolah dan saya. Saya mula dengan zaman tadika dahulu. Saya mula memasuki tadika sewaktu saya berumur lima tahun, saya tak tahu kenapa saya tak masuk tadika sewaktu saya berumur 4 tahun sehingga sekarang, soalan itu kekal misteri. Apa-apa pun, saya ialah budak yang fokus dalam kelas dan pandai..... bolehla. Nama tadika saya ialah Tadika Restu Ibu. Alhamdulillah saya boleh menghadapi peperiksaan dengan mudah sepanjang tahun itu. Nama kawan-kawan tadika dulu yang saya ingat ialah Amsyar, Akif dan Boboy je kot. Kesemua kawan-kawan saya tu ada perangai tersendiri. Amsyar ialah murid yang terpandai dalam kelas kami dan pernah menjadi ketua kelas sepanjang zaman tadikanya, 4-6 tahun. Akif pula tulisan dia tak cantik, cikgu cakap tulisan Akif macam cakar ayam (harap Akif tak baca blog saya). Boboy pula selalu buli orang. Pernah satu masa, dia mencuri mainan saya, tahulah yang mainan tak boleh dibawa ke sekolah, tetapi dia tu memang suka curi mainan orang. Akhirnya, mainan itu dirampas oleh cikgu dan sampai sekarang saya tak mendengar khabar mainan saya tu.

Sewaktu saya berumur 6 tahun, saya gagal menjadi pandai seperti sewaktu saya umur lima tahun. Susah nak fokus. Saya betul-betul tak faham kenapa saya jadi begitu. Pernah kena denda jugak. Laporan pelajaran saya waktu itu turun mendadak padahal saya masuk kelas Pra-tahfiz kot. Kelas enam tahun untuk tadika saya terbahagi kepada dua. Satu kelas enam tahun biasa, satu lagi kelas Pra-Tahfiz iaitu kelas enam tahun juga tetapi untuk sesiapa yang bersekolah di tadika daripada 4 tahun hingga enam tahun. Tetapi, disebabkan saya pandai dulu, jadi saya dimasukkan  ke kelas pandai. First time dalam tadika tu saya nakal tak beberapa pandai. Tapi, satu kali kita gagal bukan bermaksud gagal selama-lamanya, itu bermaksud kita perlu berusaha untuk kembali membangun!! Saya berusaha gigih dalam kelas untuk cuba menumpukan perhatian kepada cikgu yang sedang mengajar dan membuat kerja rumah cepat-cepat di dalam kelas. Akhirnya, tamat jugalah saya punya perjalanan di dalam tadika itu dengan cemerlang.

Seterusnya, cerita saya di dalam sekolah rendah pula. Saya memasuki sekolah rendah yang lebih besar daripada tadika. Mula-mula saya ingat besar sekolah rendah sama besar dengan tadika, rupa-rupanya lebih besar. Bangunan sekolah ada dua, kantin besar lagi cantik. Hari pertama saya sekolah, saya tak berkawan pun sebab hari pertama semua orang malu kan, sesiapa pun mesti malu hari pertama sekolah kan? Siapa yang cakap dia tak malu tu ialah seorang yang sembang lebih ataupun dia mempunyai suara yang lantang. Sambung balik, cikgu datang ke kelas kami membawa kertas mewarna dan edarkan kepada setiap orang di dalam kelas. Semua orang mewarna-mewarna, tiba-tiba ada seorang budak meja hadapan saya toleh kebelakang dan berkata " boleh tak saya nak pinjam pensel warna merah?", saya pun cakap "umm... boleh je..". Kami pun terus diam. Habis kelas, semua orang pergi ke kantin. Budak yang meminjam pensel tu perkenalkan diri dia yang bernama Syahid manakala budak sebelah saya yang tinggi 1 kaki lebih daripada saya bernama Syahid Rayyan. Mulalah pengembaraan tiga budak ini di dalam sekolah. 

Saya hendak mengembara seluruh bangunan sekolah supaya saya tidak pernah sesat di dalam sekolah (ada ke orang pernah sesat dalam sekolah sendiri????). Kawan-kawan saya semua tu jenis yang suka berjenaka, ada jugak jenaka kawan saya hambar tak beberapa menjadi. Cerita saya di sekolah rendah ini sekejap sahaja sebab saya ada cerit yang lain. Pada pengakhiran Tahun Dua, saya perlu berpindah ke tempat lain iaitu Nilai, Negeri Sembilan. Mula-mula saya hanya beri tahu kawan-kawan rapat saya. Tapi entah kenapa, tersebar macam seluruh darjah. Kelas lain banyak orang yang tahu saya akan pindah. Soalan paling famous orang tanya saya ialah 

"Kenapa awak pindah?"

Pembaca: E'eleh macamlah kita tak expect soalan tu akan keluar daripada.
Ammar Yusuf: Biarlah saya nak tulis apa dalam blog ni, ini kan blog saya

Saya pindah ke nilai dan memasuki sekolah swasta. Saya tak tahu apa itu swasta sampai Mummy bagitau saya. Swasta ialah sekolah persendirian tanpa bantuan kerajaan. Waktu tu sedih jugak sebab berpindah tapi akhirnya ramai juga kawan. Okay, sampai disini sahaja ye. Jangan lupa share blog saya sebab blog saya ni dah nak hit 1000 viewers ye. Jumpa nanti di blog seterusnya, bye!!

No comments:

Post a Comment