Sunday 15 August 2021

Saya & basikal: Perlawanan hebat

 Hai, selamat kembali ke blog Ammar Yusuf. Hari ini saya hendak ceritakan tentang saya dan dunia basikal. Saya akan ceritakan bagaimana saya mendapat basikal dahulu. Ceritanya begini, saya selalu nampak kawan-kawan saya naik basikal pergi pusing-pusing kawasan perumahan saya. Saya pun minta Mommy beli basikal. Mommy cakap dia akan belikan basikal untuk saya, dengan satu syarat. Syaratnya ialah, saya perlu buat baik selama SEBULAN!!! Bukan buat baik sahaja, malah kena datang secepat mungkin apabila dipanggil oleh Mommy & Daddy. Adam pun terpaksa buat baik kerana dia pun mahu mendapat basikal.


Hari pertama,kedua & ketiga saya berjaya buat baik, tetapi hari-hari seterusnya menjadi semakin susah kerana saya letih. Saya dah menggunakan kesemua tenaga yang sepatutnya digunakan daripada hari pertama hingga cukup-cukup sebulan. Tetapi saya perlu juga buat baik supaya saya mendapat  basikal. Sewaktu saya dalam keadaan letih yang sangat, barulah saya sedar yang macam mana mencabarnya untuk mendapat basikal. Baru saya tahu, kalau nak sesuatu benda, bukanlah senang. Kalau saya yang kuat ni pun dah rasa letih, apa lagi adik saya Adam. 


Keadaan jadi lebih mencabar apabila sampai hari ke-21. Sewaktu haritu, saya pergi ke rumah Grandma saya, saya terbuat salah. Maka, saya perlu ulang balik buat baik selama sebulan. Teng teng teng teng teng teng (lagu filem Star Wars)  Saya rasa apa yang saya lakukan sebelum ni ialah sia-sia. Adam sentiasa sama dengan saya, terbuat salah. Kalaulah kamu yang tengah membaca ni berada di tempat saya.......Hah, stress betullah saya waktu itu. Hari-hari selepas itu, saya dah putus asa untuk mendapat basikal. Tragik betul cerita saya ni, boleh buat cerita drama 3 episod.


Beberapa hari kemudian, saya nampak kawan saya berlumba basikal. Saya berasa cemburu. Saya pun cakaplah kat Mommy saya nak basikal. Lepastu Mommy cakap jom pergi Decathlon beli basikal. Saya pun melompat gembira. Waktu tu memang bestlah kerana saya tidak perlu buat baik selama sebulan. Sesampai je saya dekat Decathlon, saya terus serbu satu kedai untuk mencari tempat jual-beli basikal. Dekat sana, ada banyak basikal yang cantik tapi mahal. Ada roadbike, basikal lipat dan basikal 'lajak'. Saya ingatkan harga basikal Decathlon berpatutan. Saya jumpa sebuah basikal yang berwarna putih bersinar, saya mahukan basikal itu jadi saya melihat tag harganya. Basikal itu sangat mahal dan harganya ialah RM 500. Kawan-kawan saya punya basikal hanya berharga RM 305.67.' Basikal ni mungkin berkualiti tinggi ' bisik saya.


Saya pun meminta  Mommy membeli basikal itu. Mommy pun terkejut melihat harga basikal itu tetapi Mommy cakap Mommy tak kisah pun harga basikal mahal ataupun tak, tetapi saya kena jaga basikal tu elok-elok. Kami pun belilah basikal tu  tetapi adik saya, Adam beli basikal yang lebih kecil daripada saya. Kami tiba di rumah sewaktu sudah masuk Maghrib iaitu pukul 7:22 PM. Saya pun turun daripada kereta dan cakap kepada diri sendiri ' alah..... dah masuk waktu Maghrib, tak dapatlah saya nak main basikal'. Sewaktu saya hendak memasuki pintu rumah, saya terdengar satu suara yang saya kenal. Bunyinya begini "weeeeeheeee!!!!". Saya pun pergilah tengok siapa punya suara itu sebab saya dengar suara itu daripada depan rumah saya. Rupa-rupanya, itu suara Daddy sedang mengayuh basikal saya (kerana basikal saya ialah basikal yang besar dan tinggi)


Saya pun kata kat Daddy" bukan ke dah masuk waktu maghrib". Daddy kata dia main sekejap je, saya pun main basikal kerana Daddy boleh main basikal. Inikah yang dikatakan 'bapa borek anak rintik?' Saya tak pandai main basikal jadi saya asyik jatuh saja. Beberapa minit lepas tu, saya  masuk rumah dengan tiada apa-apa pun yang saya dapat selama saya berlatih mengayuh basikal. Yelah hari pertama, mana dapat apa-apa. Hari kedua, saya berlatih awal pukul 4:30 petang kerana saya tahu yang berlatih kayuh basikal mengambil masa yang lama. Saya kayuh dengan tenang tetapi asyik jatuh sahaja. Kena berjam-jam jugak untuk berjaya. Satu time ni, apabila saya dapat kayuh sikit-sikit, saya cakap kat semua " Eh tengok ni! Abang dapat kayuhlah!!" Semua orang pun menyaksikan saya yang baru sahaja 2 kali kayuh basikal.


Semakin lama, semakin banyak kayuhan saya lakukan. Adam juga tidak ketinggalan. Saban hari,  semakin betul cara saya bermain basikal. Satu hari, Daddy rasa yang saya sudah boleh mengikutnya pergi mengayuh basikal. Tetapi Daddy tak ada basikal jadi dia menaiki motor. Saya ikut je dekat belakang Daddy. Tiba-tiba, saya terjatuh dan saya dapat merasai dua emosi. Emosi pertama, saya sakit terjatuh. Emosi kedua, saya malu kerana ada beberapa orang yang nampak saya terjatuh. Saya pun cepat-cepat balik rumah. Tapi saya tetap main basikal.


Satu hari sewaktu kami di taman, ada orang ajak kami berlumba menggunakan kenderaan ringan (bahasa budak). Kenderaan ringan yang ada di taman kami ada empat. 1.Basikal 2.Papan selaju 3.Skuter 4.Kasut roda. Tetapi tak adil juga perlawanan ini kerana ada banyak abang-abang yang bersekolah menengah.' Tapi kalau saya dapat kalahkan diorang, malulah diorang. Mi hi hi hi' bisik saya. Adam sorang sahaja budak yang paling muda dalam perlawanan. Adam sudah darjah dua. 1,2,3 mula!! Nampaknya AmmarY sedang berada di tempat yang ketiga terbelakang manakala AdamM yang terbelakang sekali (jadi pengulas pulak ke?). AdamM memotong IrfanF, AmmarY dan Khaleef. Waah, lihat orang yang berada di tempat pertama dan kedua iaitu Ojil dan Rizq sedang bertarung untuk mendapat tempat pertama. Ahh terlupa pula, di mana ya AmmarY? Haa tu dia  sedang memotong Danish dan juga Abang Megat! Mengagumkan!


Pusingan terakhir bermula, siapakah yang akan menjadi juara? Alamak, Alif terjatuh kerana terlanggar tayar belakang basikal Danish. Sempat lagi Rizq bersorak kerana dapat tempat pertama. AdamM memotong Aqeef dan Skateboard Guy memotong Ojil yang sedang kepenatan. Gedebaboom! Perlanggaran antara Ojil dan Skateboard Guy menyebabkan semua pelumba perlu brek. Kecuali AmmarY dan AdamM yang sedang sibuk mengejar Rizq yang sedang berada di tempat pertama. Sekejap sahaja lagi Rizq dan AmmarY  akan berada di garisan penamat! Yahhh! AmmarY, Rizq dan AdamM sudah pun menamatkan perlumbaan tersebut. Mari kita lihat siapa yang juara  daripada rakaman video Khyra. Rizq mendapat tempat pertama, AmmarY tempat kedua manakala AdamM tempat ketiga.


Tahniah kepada AmmarM kerana mendapat pingat perak! Itulah blog saya untuk kali ini.Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini. Tolong  follow dan sharekan blog saya tau. Nanti akan ada blog saya yang bertajuk 'Saya & basikal:Perlumbaan tiga' pada minggu hadapan. Nantikan......

No comments:

Post a Comment