Thursday 19 August 2021

Kemalangan teruk

 Hai kawan-kawan. Blog kali ini saya akan menceritakan tentang kemalangan yang berlaku di tanggal 19/8/2021. Ceritanya begini, waktu itu saya sedang bermain basikal, kemalangan jatuh basikal la, saya mahu lepaskan satu tangan kerana lenguh tiba-tiba ada bonggol dekat depan itu. Saya tak balance dan terjatuh. Saya terjatuh tu sepatutnya terhentak kepala saya dekat jalan tar itu tetapi saya melindungi kepala saya menggunakan tangan. Sebab saya terjatuh ialah kerana saya melepaskan tangan sewaktu saya mengayuh basikal di atas bonggol. Saya melihat tangan saya itu dan kedua-dua tangan saya berdarah. Kaki saya pun berdarah kerana terseret di jalan. Mujurlah badan saya tak luka. Cara saya jatuh tu macam cara atlet berbasikal negara kita iaitu Shah Firdaus terjatuh. Terkoyak saya punya kulit dan seluar sekolah yang saya pakai itu.


Kesakitannya? Hanya Allah sahaja yang tahu. Nasib baik saya bukan jatuh sebab berlumba. Kalau tak, kesakitan itu ditambah lagi dengan kemarahan Mommy. Korang takkan tahu macam mana kesakitan itu. Saya pun balik rumah. Saya menunjukkan kecederaan saya itu kepada Mommy & Daddy. Mommy menyuruh saya supaya membasuh tempat luka berdarah saya. Saya cakap tak nak sebab saya pernah berdarah dan saya membasuh tempat berdarah itu. Sakit la untuk budak, sebab itulah saya cakap tak nak apabila disuruh membasuh tangan. Tapi Mommy cakap kalau tak basuh nanti ada kuman dan kalau ada kuman, lagi teruk kesakitan saya. Saya terpaksa membasuh tangan. Saya menjerit kesakitan. Tetapi, saya tak nak orang dengar jeritan saya itu jadi saya menggigit sehelai kain bersih.


Saya tak boleh sentuh air walupun sedikit. Saya tak boleh ambil wudhuk dan tak boleh solat. Tapi, nanti saya akan qada' solat saya (menggantikan solat kerana terlambat solat atau tertinggal solat). Rumah saya ada sebuah kolam renang. Sepatutnya kami boleh bermain di hari cuti sekolah iaitu Sabtu & Ahad dan saya terjatuh basikal pada hari Khamis.Saya tak rasa yang luka ini boleh sembuh dalam masa terdekat jadi......no swimming pool, huhuhuhu. Sewaktu hendak tidur, Mommy membalut luka berdarah saya di kedua-dua tangan saya menggunakan kain putih supaya luka saya tak bergesel sewaktu tidur.


Itu sahaja blog saya untuk kali ini. Jangan lupa follow ye. Saya sangat sakit sekarang ni jadi mungkin ini blog terakhir saya pada bulan ini. Doakan saya cepat sembuh tahu. Doakan saya dapat mandi di kolam renang juga ya. Bye assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment